21hb Jan 2009...akan genap satu bulan kete saya dilanggar masa otw balik dari kampung. Laporan Polis dibuat di salah satu balai trafik kat penang sebab keadaan kete agak teruk dilanggar disebelah kiri depan sampai belakang....3 jam berikut selepas accident berlaku dihabiskan di balai menulis repot, sahkan repot di kaunter, "temuduga" ngan pegawai siasat, amik gambar....dsbnya. Sesungguhnya pengalaman sebegini memang menyeksakan diri....lebih2 lagi bukan kita yg membawa kete dengan cuai dan pi langgar org lain! :(
Kete pun dah dihantar kat bengkel di KL minggu berikut selepas mendapat salinan repot sendiri utk failkan claim atas insuran sendiri......pas tu tunngu pegawai siasatan buat siasatan dan selepas siasatan report kuar barulah boleh kite sertakan repot siasatan kat kompeni insuran utk mengurus claim pihak ke-3 ke atas insuran pihak yg melanggar saya. Dalam erti kata lain.....tanpa repot sisatan yg menyatakan pihak mana yg bersalah....habislah NCB insuran saya sendiri...
Persoalannya.......pada lazimnya berapa lama/hari diperlukan membuat satu siasatan pelanggaran ringan selepas repot diterima, disahkan dan ditemuduga oleh pegawai penyiasat??? Adakah 7 Hari seperti carta aliran berikut? Sumber: Laman Web Rasmi PDRM (http://www.rmp.gov.my/#)
Dipahamkan oleh pihak bengkel kalu ikut kebiasaan proses penyiasatan akan mengambil lebih kurang satu minggu....kalu cam tu ok la...tak yah la kite bersusah payah "mempercepat-cepatkan" proses penyiasatan kan? Tapi sebaliknya....ternyata ini bukan satu langkah yg bijak....nih dah lah masuk SATU BULAN repot siasatan tak kuar2 lagik!!! Kete pun dah siap diperbaiki dan diambil balik dari bengkel minggu lepas....
Yg menyedihkan ialah abg saya di penang yang berulang kali ke balai trafik polis.....setiap kali diminta tunggu beberapa hari lagik dtg balik....dtg balik....dtg balik. Hei! Cukup dah! Berapa kali lagi perlu berulang alik dan menunggu nih? Berapa lama lagi yg diperlukan? Berterus terang jer....Ingat kite ni tak perlu keje dan boleh berulang alik ke balai sesuka hati?? Buang masa jerk! Dah berhari-hari cuba col handset pegawai siasat tuh.....seperti yang dijangka langsung tak jawab col.....menyedihkan?
Adakah ini mencerminkan satu tahap kecekapan, produktiviti dan perkhidmatan yg memuaskan serta membanggakan? A WASTE OF RESOURCES, TAXPAYER MONEY & TIME....malas nak komen.
1 comment:
Wow! Your malai language so keng! Anyway, see ya on Thurs!
Post a Comment