Sunday, July 15, 2007

Pertandingan Ping Pong.......

Pertandingan tahun ni tengah giat dilangsungkan selepas waktu kerja pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Setiap pasukan perlu menentang 5 pasukan lain yang turut bertanding. Setakat ini pasukan kami telah mengharungi 4 pelawanan dengan keputusan 2 menang 2 kalah....tinggal 1 pelawanan sahaja bagi pasukan kami. Nampaknya peluang untuk pasukan kami menduduki 3 tempat yg teratas di penghujung pertandingan tahun ini semakin pudar :(

Apa jua ada juga yang dapat dibanggakan dan perlu diberi kredit.... pasangan mix double kami yang lawan pasangan2 mens double dari pasukan2 lain setakat ini hanya dikalahkan sekali dalam straight set. Itu pun satu pertarungan yang sengit. Hanya 1 set yang kami drop kepada pihak lawan bila menentang pasukan2 lain. Yang lain semua menang dengan straight set.

Syabas untuk partner double dan jugak team member lain yg bertungkus-lumus utk menyelamatkan setiap pelawanan dan juga memberi yang terbaik daripada mereka walaupun keputusan pelawanan tidak menyebelahi pihak kami. Syabas!!!

Semangat berpasukan dan kesukanan dapat dirasai di sepanjang pertandingan. Semangat yg diberikan serta kata2 perangsang daripada mereka2 yang mengikuti pelawannan (walaupun ada di antara mereka tu tidak bertanding) adalah apa yang kami sebagai pihak penganjur alu-alukan. Tu la salah satu sebab mengapa pertandingan sebegini dilangsungkan setiap tahun utk mengeratkan perhubungan sesama pekerja di dalam opis ni.


No comments: